Monday, September 15, 2014

Umrah pertama bersama isteri dengan Syaza Travel - Part 2

Hari pertama-Madinah
5 Februari 2014
Selepas solat subuh pagi pertama di madinah dan telah melawat perkuburan Baqi, aku dan isteriku berjalan pulang menuju ke hotel untuk bersarapan dan berehat. Hari pertama ni mutawif kami katanya "free activity". Kami ambil keputusan berehat dahulu pagi ni kerana isteri baru nak sembuh dari sakitnya. Selepas solat zohor kami pon berjalan-jalan di bazaar hadapan Masjid Nabawi untuk mencari barang pesanan rakan-rakan dan mencari souvenir sedikit sebagai kenang-kenangan. Walaupon dalam keadaan panas tetapi suasana selesa sahaja, Mungkin sebab kami pergi umrah pada musim sejuk.

Hotel Mawaddah Al-Safwa di madinah. Dekat je dengan masjid nabawi.

Di dataran hadapan Masjid Nabawi


Tawaf Kidai..
Malam kedua Ustaz Faesal (UF) membawa jemaah lelaki pergi melawat makam Rasulullah dan melawat Raudhah setelah solat isyaq. Jemaah perempuan pula dibawa oleh Ustazah yang dilantik oleh Syaza Travel. Alhamdulillah aku dapat bersolat sunat di Raudhah walaupon terlalu ramai orang yang bersesak-sesak nak mengambil peluang untuk bersolat di situ. Kali pertama aku hanya dapat bersolat sunat dengan ruang yang sempit yang hanya ngam-ngam aku sujud tetapi kuasa Allah semasa aku mahu keluar dari situ dengan niat memberi peluang kepada orang lain pula, Allah memberi peluang aku solat kali ke-2 apabila tiba-tiba ada jemaah yang bangun tinggalkan ruang kosong dan tiada sesiapa yang pergi ke situ. Alhamdulillah... aku dapat bersolat dengan tenang dan selesa... sehingga selesai solat barulah guard datang. Syukur...
Selepas itu pegi melawat Rasulullah dan sahabat, aku keluar dan jemaah dah menunggu ku diluar. Kami pulang ke hotel dan aku menunggu isteriku. Rupanya di bahagian muslimat terlalu bersesak dan isteriku tak dapat bersolat sunat. Kasihan isteriku.
Bergambar sebelum masuk ke kawasan Raudhah.
Hari ke-2
6 Februari 2014
Sesudah kami solat subuh, aku membawa isteriku ke perkuburan baqi dan melihat-2 orang berjualan di hadapan dataran. 
Sejuk pagi subuh di madinah



Selesai semuanya, kami bergerak ke hotel untuk bersarapan dan bersiap untuk ziarah luar madinah. Tempat pertama kami pergi ke Masjid Quba untuk bersolat sunat. Lokasi pertama ialah Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.
Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.
Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).
Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.



Di Masjid Quba
Selepas menziarahi Masjid Quba, kami ke kebun kurma pula untuk membeli sedikit buah tangan dan merasai duduk sambil minum teh di kebun kurma.






Kat sini kita makan lah banyak mana kurma pon halal mereka kata... selepas tu terpulang la kita nak borong banyak mana. Aku takdelah beli banyak, hanya sedikit coklat kurma dan buah tin. Selesai makan kurma, kami bergerak menuju ke Kilang Percetakan Al-Quran. Untuk perhatian, hanya lelaki sahaja dibenarkan memasuki ke dalam kilang tersebut. Dan setiap orang akan mendapat senaskah Al-Quran percuma. Masa kami sampai orang dah beratur panjang. Ingatkan nak beli Al-Quran disini untuk diwakafkan tetapi kedainya ditutup kerana hampir masuk waktu Zohor,



Destinasi kami seterusnya pulang ke hotel untuk membuat aktiviti sendiri. Aku dan isteri hanya pergi ke masjid dan keluar ke kedai-2 hadapan masjid sahaja mencari pesanan dan berjalan-2 melihat kawasan madinah. Sempat juga membeli kebab disana untuk try. Memang berbeza lah.. hehe...
Waktu ni baru lah rasa betapa nikmatnya makanan dan air di malaysia. Alhamdulillah aku dan isteri dapat makan dengan berselera sekali sepanjang kami umrah. 

Sepanjang di hotel kami berjumpa ramai jemaah malaysia dari agensi yang berlainan. Ada yang diuji dengan hotel yang jauh, terpisah dengan keluarga kerana bilik tidak mencukupi. Alhamdulillah Allah memudahkan perjalanan ku ke sini.

Hari ke-3
7 Februari 2014 bersamaan hari jumaat.
Setelah solat subuh UF memberi taklimat malam sebelumnya bahawa selepas jumaat kami bersiap dengan memakai ihram dan bergerak menuju ke Bir Ali untuk berniat umrah. Maka pagi terakhir di Madinah terasa sayu dihati untuk meninggalkan masjid nabawi yang menempatkan jasad Rasulullah. 

Sunday, September 14, 2014

Cara Mudah Simpan Emas Dengan GAP Public Gold



Ramai orang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi jer. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM150 – RM200 jer sebulan.
Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah kat mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Program GAP Ala “Akaun Emas”

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita boleh keluarkan semua emas tu. Tak perlu tinggalkan baki minimum dalam akaun sebagaimana KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Tiada syarat wajib tinggalkan baki minimum. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa.
  • Uruniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal di cawangan luar Penang akan dikenakan caj “transportation cost” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, tak ada transportion cost dikenakan. Transportation cost yang dikenakan adalah RM5.00 setiap 1 gram jika mahu keluarkan ikut gram satu  persatu, tetapi jika mahu keluarkan emas mengikut Gold Bar yang dah ada dalam produk Public Gold boleh rujuk di bawah.
  • Transporation cost:
    1 gram – RM5.00
    10 gram – RM10.00
    20 gram – RM10.00
    50 gram – RM20.00
    100 gram – RM30.00
    250 gram – RM50.00
    500 gram – RM80.00







Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni. Sebagai perbandingan, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:
#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)
#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)
#3 – Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (6%), 50 gram (5.5%), 100 gram (5%), 250 gram (4.5%) dan 500 gram (4.5%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)
#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram. (kekurangan KFH)
#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)
#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch luar Penang dikenakan caj “transportation cost” yang minimum. (kelebihan KFH)
#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Maksudnya, emas KFH tak boleh dipajak. Emas Public Gold tak ada masalah sebab ia diletakan dalam casing yang boleh dibuka. Bahkan kalau emas tu calar, kemek, atau bengkok sekalipun Public Gold tetap beli pada harga tinggi sebagaimana harga PG Buy di website Public Gold. (kekurangan KFH)
#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak. (Jika mahu mengikut syariah muamalat, seeloknya beli terus emas dengan harga per gram dan bukan harga contohnya RM100 sahaja tiap bulan kerana tidak cukup gram)

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

Langkah 1: 

Anda boleh rujuk harga emas harian GAP di laman web www.publicgold.com.my

Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. (Peringatan: Jangan bank-in mengikut harga RM100 tu sebab saya khuatir tak patuh syariah.)
Langkah 2:
Anda boleh membuat penambahan GAP melalui perbankan internet, deposit di kaunter bank, mesin deposit tunai, pemindahan ATM, cek, arahan tetap bulanan, bayaran tunai di cawangan Public Gold atau trade in emas ( di cawangan Public Gold). Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!

Langkah 3:
Buat pembayaran ke dalam akaun Public Gold seperti di bawah:



Langkah 4:
Maklumkan butiran pembayaran anda kepada Public Gold untuk pengesahan.
E-melkan bukti pembayaran GAP anda kepada payment@publicgold.com.my atau fakskan ke +604-646 4916

SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>BELI GAP<jarak>Jumlah Tempahan<jarak>(Tarikh & Masa Pembayaran) kepada +6017-486 6916
Contoh:
Dengan Kod PG : PG 000000 BELI GAP RM100 (01/10/2014 & 12:34:56)
Pelanggan Baru : PG NEW BELI GAP RM137 (01/10/2014 & 23:45:59)
*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.

Ikut format whatsapp atau sms ni. Kalau whatsapp, attachkan sekali slip bayaran
supaya lebih mudah Public Gold sahkan pembayaran.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Introducer kod saya PG047225, Azizi bin Zakaria.


Langkah 5: Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran
Penyata GAP anda akan dikemaskini selepas bukti pembayaran disahkan oleh Public Gold.

Dalam masa sehari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.



Ini contoh penyata GAP yang PG akan emailkan.



Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Untuk persoalan tentang prosedur tambah lagi simpanan GAP, atau cara nak jual balik GAP tu, boleh baca panduan yang Public Gold sediakan (KLIK DI SINI).

Thursday, September 11, 2014

20 Persoalan Asas Pelaburan Emas

Post image for 20 Persoalan Asas Pelaburan Emas

Pelaburan emas memang simple, tapi kalau tak ada ilmu, kita boleh rugi besar. Untuk memudahkan sahabat pembaca faham tentang pelaburan emas, saya senaraikan 20 point penting. InsyaAllah, sahabat semua boleh faham asas pelaburan emas fizikal hanya dalam masa 5 minit.

#1 – Mana untung simpan dalam ASB, Tabung Haji berbanding simpan emas?

Kalau untuk jangka panjang, simpan emas lebih untung. Purata kenaikan harga emas sekitar 15% setahun sejak 10 tahun lepas. Lepas tolak kos susut nilai & zakat, untungnya sekitar 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%). Belum tolak inflasi 4%. Cek sejarah harga emas di Malaysia di http://bit.ly/webbnm (web BNM).
sejarah 10 tahun harga emasSecara tepatnya, harga emas naik secara purata 12.80% sejak 2001. Ini data yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Ahmad Kameel (UIA) pada 1 Mac 2014. Kali pertama berlaku penurunan pada tahun 2013 iaitu sebanyak 27.33%. Ia satu kelebihan untuk mereka yang ingin memulakan atau menambah simpanan emas.

#2 – Jenis emas fizikal yang ada di Malaysia dan bagus untuk simpanan?

(1) Kijang Emas Bank Negara, (2) Dinar Kelantan, (3) Emas Public Gold. Selain tiga ni, ada banyak lagi, tapi ini yang paling berkredibiliti di Malaysia.

#3 – Berapa tempoh minimum emas tu boleh dijual?

Emas tu boleh jual bila-bila masa. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia sentiasa naik dalam jangka panjang. Kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai at least dalam tempoh setahun.
Sejarah harga emas 10 tahun. Kenaikan melebihi 500% dalam nilai USD. Saya beli 1 dinar Public Gold (RM616) pada 2 Oktober 2010. September 2011, harganya pernah cecah RM833. Kenaikan 30% setahun! Sekarang harga emas turun semula ke paras tahun 2010. Ia peluang terbaik membeli lagi.

#4 – Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi

Simpan emas, tak takut kenaikan harga barang (inflasi), tak takut bila duit ringgit (RM) lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb. Emas penyimpan nilai sebenar. Ia akan sentiasa bernilai sepanjang zaman dan di mana sahaja seluruh dunia.
kambing-1-dinarZaman Nabi, seekor kambing harganya 1 dinar. Hari ni, nilai 1 dinar sekitar RM600 – RM800. Cukup untuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun. Tapi, tahun 1980-an dulu, belanja budak sekolah cuma 50 sen sehari. Tapi hari ni at least RM2.00 sehari! Duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang simpan emas, akan selamat daripada inflasi.

#5 – Kat mana nak beli emas?

(1) Kijang Emas, pergi ke Maybank tertentu, (2) Dinar Kelantan, cari di cawangan arrahn.com.my atau nubex.com.my, (3) Emas Public Gold, cari di company Public Gold (publicgold.com.my), atau contact dealer Public Gold kalau nak mudah.

#6 – Emas apa yang terbaik untuk ‘pelaburan’ di Malaysia?

Setakat pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama, senang beli, senang jual dan paling penting, untung maksimum bila jual balik. Dealer & cawangan banyak seluruh Malaysia. Stok sentiasa ada. Tak perlu risau emas tercalar, kemek, bengkok sebab syarikat jamin akan beli balik. 

#7 – Senang ke nak jual balik nanti? Nak jual kat mana?

Emas senang ditukar kepada tunai. Tak perlu risau pasal nak jual balik. Boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia, asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tapi kalau nak dapat harga terbaik, jual di tempat di mana anda membelinya. Dealer emas mesti berebut-rebut beli kalau ada orang nak jual balik. Kalau sayang nak jual, boleh pajak jer di Ar-Rahnu tertentu bila nak pakai duit SEKEJAP untuk aktiviti yang menguntungkan melebihi kos pajak – 1.15% sebulan atau 13.85% setahun.
surat pajak ar rahnu agrobankApril 2011, saya pajak beberapa keping gold bar untuk pusing modal bisnes. Kos pajak sebulan ialah 1.15%, tapi saya dapat pusing duit tu dan menjana keuntungan melebihi 10% sebulan. Itulah untungnya emas. Walaupun melabur, duit kita tak beku macam saham, unit trust, Tabung Haji atau investment lain.

#8 – Macam mana buat untung dengan emas ni?

(1) Beli dan simpan sekurang-kurangnya SETAHUN. (2) Jual hanya bila perlu duit tunai, kalau tak, simpan jer. (3) Berniaga emas – lagi untung, tapi modal besar, dan kena berhati-hati dengan hukum hakam dia. Pastikan ia patuh syariah.

#9 – Beli emas atau bayar kad kredit dulu?

Kalau ada hutang kad kredit, langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi ada hutang kad kredit (interest 18% setahun), dalam masa yang sama beli emas.

#10 – Macam mana dengan zakat emas?

Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau lebih 85 gram. Barang kemas yang dipakai pun kena zakat kalau lebih uruf setempat. Di KL, urufnya 150 gram. Detail, boleh rujuk www.zakat.com.my.

#11 – Mana tempat selamat nak simpan emas?

Kalau sikit, simpan kat rumah. Tapi kena kreatif. Yang penting, jangan simpan dalam almari. Kalau banyak, takut tak lena tidur, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Saya lebih suka simpan di syarikat swasta sebab nilai insuransnya tinggi & tak terikat pada waktu pejabat macam bank. Sewa sekitar RM100 – RM550 setahun. Tengok saiz box.
Kalau emas banyak, sewa safe deposit box. Baru lena tidur. Kalau emas sikit, simpan di rumah jer. Tapi yang paling penting, jangan kecoh-kecoh pada orang lain yang anda ada emas.

#12 – Berbaloi tak simpan dalam ar-rahnu?

Tak berbaloi. Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas, tapi untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kaedah beli, pajak, beli pajak; risiko sangat besar, potensi untung sangat kecil. Kalau nak simpan, baik simpan di Safe Deposit Box.

#13 – Berapa modal paling minimum?

Kalau modal kecik (min. RM600), beli coin 1 dinar. Kalau modal besar (min. RM2,000), boleh beli gold bar atau coin dinar bersaiz besar. Dapatkan nasihat dealer berpengalaman untuk kenalpasti item terbaik sesuai dengan bajet dan matlamat anda membeli emas.
emas public gold 1 2 dinar gold bar 10g 20gConsult dengan dealer berpengalaman, dan bagi tahu matlamat anda samada; (1) simpanan semata-mata (2) trading jual beli (3) simpan sambil jana pendapatan sebagai dealer emas. Kesilapan memilih item juga boleh merugikan anda.

#14 – Mana untung beli Barang Kemas berbanding syiling Dinar atau Gold Bar?

Syiling dinar dan gold bar lagi untung. Barang kemas rugi bila nak jual balik kat kedai emas sebab dia tolak susut nilainya sekitar 25% – 30% daripada harga semasa. Itu belum kira kos upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.
Barang Kemas PelaburanBarang kemas perhiasan kurang sesuai untuk pelaburan sebab (1) harga lebih mahal (2) ada kos upah dan susut nilainya tinggi, iaitu sekitar 25% – 30%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti i-series Public Gold ataupun barang kemas pelaburan Sri Ayu (www.sriayu.com).

#15 – Emas Public Gold, mana untung beli direct dari syarikat atau melalui dealer?

Lebih untung beli melalui dealer. Tak ada apa-apa kos tambahan, bahkan anda dapat BIMBINGAN percuma, tips pelaburan dan lain-lain bantuan dari dealer. Dealer akan bantu place order untuk anda. Nanti, buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas direct dari ofis Public Gold terdekat dengan anda.

#16 – Kat mana office Public Gold?

Kat KL di Ampang, Bandar Sunway, Kajang & Klang. Yang lain, di KB, JB, Ipoh, Penang (HQ), Sungai Petani, Kuantan, Kuching dll. Ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Boleh cek di publicgold.com.my.
royal safe deposit box sunwayOffice Public Gold Sunway. Kat bawah tu boleh sewa Safe Deposit Box (www.rsdb.com.my). Kalau untuk penyimpan emas biasa, saya syorkan sewa di www.safedepositbox.com.my sebab ia lebih murah.

#17 – Ok tak kalau masuk SKIM Pelaburan Emas yang bagi income bulan-bulan?

Kebanyakannya adalah scam – penipuan. Jauhkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tetap. Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikalnya. Beli emas, pastikan dapat emas, bukan dapat RESIT atau SURAT PAJAK!

#18 – Mana bagus, buka Akaun Pelaburan Emas di bank atau bel emas fizikal?

Beli emas fizikal lagi bagus sebab emas ada di tangan kita, dan boleh buat manipulasi teknik Ar-Rahnu untuk maksimumkan keuntungan bila sesuai. Setakat ni, cuma KFH & Al-Rahji bank sahaja disahkan patuh syariah (halal). Yang terbaik ialah KFH.(Bank yang tawarkan Akaun Pelaburan Emas buat masa ni; Maybank, Public Bank, CIMB, UOB Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi)

#19 – Kat mana nak tengok harga emas semasa?

(1) Kijang Emas bnm.gov.my – berubah setiap hari (2) Dinar Kelantan arrahn.com.my – berubah setiap hari (3) Public Gold publicgold.com.my – berubah setiap 20 minit. Contact dealer untuk lock harga kalau nak beli.

#20 – Macam mana nak beli?

Contact mana-mana dealer Public Gold atau contact/whatsapp saya – 017-346 0604 (Azizi). Saya juga dealer Public Gold yang aktif. InsyaAllah saya akan tunjukkan cara mudah membeli emas walaupun duduk di mana-mana seluruh Malaysia.

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

Post image for Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) at least 3 bulan pendapatan. Tapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, beli dulu at least 1 dinar. Lepas tu baru cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Item paling kecil yang Public Gold keluarkan (untuk pembelian kaedah biasa) setakat ni ialah syiling 1 dinar. Ia antara item terbaik untuk bermula. Kalau ada duit dalam RM600 pun dah boleh beli 1 dinar sekarang ni. 1 dinar tu emas berketulenan 91.6%, beratnya 4.25 gram.
1 2 dinar emas syiling 10 sen
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ni, tapi coin 1 dinar Public Gold yang terbaik buat masa ni sebab harga per gram lebih murah, dan susut nilainya cuma 6% i.e. terendah di Malaysia. Nak beli pun senang sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Dan ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold.

#2 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil RM150. Skim belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“.
gold bar lbma public gold 1 gramGold bar 1 gram Public Gold hanya boleh dibeli melalui GAP sahaja.

#3 – Beli Gold Bar 1 Gram

Bagi yang tak cukup bajet, boleh beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 jer sekarang ni. Buat masa ni yang famous di Malaysia ialah gold bar 1 gram keluaran Gold Crest Pavilion (GCP) dan Gold Silver Resources (GSR). Mulakan dengan gold bar 1 gram pun boleh, tapi saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram ni, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram PGCPGold bar 1 gram lebih mahal sebab minting cost-nya mahal

#4 – Beli 1 Dinar Secara Ansuran

Kalau bajet beli emas RM150 – RM200 sebulan, saya prefer beli syiling 1 dinar Public Gold secara ansuran. Cajnya cuma 0.5% atas harga belian atau minimum RM5. Boleh bayar ansuran selama 4 bulan (4 kali bayar). Bila dah habis bayar, baru boleh ambil emas di office Public Gold. Kalau habis bayar awal, boleh ambil emas tu lebih awal. Tak perlu tunggu 4 bulan.
Saya prefer syiling 1 dinar Public Gold berbanding gold bar 1 gram (jenama lain atau gold bar 1 gram secara GAP) sebab harga per gram lebih murah, susut nilainya juga jauh lebih rendah. Maksudnya, syiling 1 dinar Public Gold jauh lebih untung berbanding gold bar 1 gram.
jadual pembelian emas public gold ansuran EPPContoh jadual pembayaran 1 dinar PG. Harga semasa RM577 + RM5 caj admin.
Boleh ke beli emas secara ansuran? Sebelum beli secara ansuran, baca penjelasan saya dalam artikel “Hukum Jual Beli Emas Secara Ansuran”.

#5 – Kumpul 10 Dirham (Silver), Tukar Kepada Emas

Siapa tak nak beli secara ansuran, tapi nak beli dengan bajet dalam RM100 sebulan, boleh juga kumpul syiling 10 dirham (silver). Sebulan beli beli sekeping. Cukup 6 keping 10 dirham, jual kesemua syiling 10 dirham tu dan beli satu syiling 1 dinar.
Kaedah ni agak merugikan dari sudut kira-kira, tapi sesetengah orang, rugi begini lebih baik berbanding duit tu habis dibelanjakan sebab susah disiplinkan diri menyimpan wang. Susut nilai silver lebih tinggi dari emas. 10 dirham susut nilainya 16%, dan ada caj tambahan yang Public Gold kenakan iaitu “caj transportation”. Itu caj belian luar Penang RM5 sekeping.
10 dirham 1 dinar emas public goldCukup 6 keping coin 10 dirham (silver), tukar kepada 1 dinar emas.
Kalau nak kurangkan kerugian bila jual coin 10 dirham tu, cuba jual kepada kenalan terdekat yang belum pernah simpan silver. Jual pada harga diskaun. Kaedah tu dua-dua pihak untung. Anda untung sebab jimat susut nilai, pembeli tu pun untung sebab dapat beli pada harga diskaun.
Mudah-mudahan dengan tips ni, semua orang boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
**Terima kasih kepada penulis asal artikel ini yang sudi berkongsi bagaimana hendak memulakan simpanan melalui emas bagi individu yang mempunyai modal kecil. Saya baca artikel ini dari website http://www.mohdzulkifli.com Isi yang sangat bagus dan boleh diaplikasikan kepada sesiapa sahaja.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2014/06/cara-mulakan-pelaburan-emas-dengan-modal-kecil.html#ixzz3D3StxSvi