Inflasi: Antara Emas dan Duit Kertas
Tapi kalau duit ringgit, nilai inflasi sebenar lebih kurang 10% setahun. Bayangkan tahun 80-an dulu, duit belanja budak sekolah cuma RM0.50 – RM1.00 sehari. Tapi sekarang, RM2.00 – RM3.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Inflasinya lebih kurang 200% dalam masa 20 tahun!
Saya rujuk blog dan juga beberapa website lain yang saya rasa boleh pakai. Justifikasi YB Husam dan Kerajaan Kelantan tentang kenapa perlunya dinar emas sangat masuk akal.
Dinar (emas) tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa kalau berlaku peperangan. Dan emas, adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Pendek kata, nilai kekayaan kita tak akan tergugat kalau kita simpannya dalam bentuk dinar emas, atau dengan kata lain simpankannya dalam bentuk emas fizikal! Ok, saya dah tetapkan azam nak tukarkan sebahagian besar simpanan tunai kami ke dalam bentuk emas.
Saya terbaca website Cara membeli emas bermula dengan modal kecil...boleh klik link di bawah:-
Cara mulakan pelaburan emas modal kecil
Cara Mudah Simpan Emas Dengan GAP serendah 1 Gram
20 Persoalan asas pelaburan emas
10 Kelebihan Utama Emas Public Gold
Jom kita mulakan...
Wassalam
Ezy
No comments:
Post a Comment