Monday, September 15, 2014

Umrah pertama bersama isteri dengan Syaza Travel - Part 2

Hari pertama-Madinah
5 Februari 2014
Selepas solat subuh pagi pertama di madinah dan telah melawat perkuburan Baqi, aku dan isteriku berjalan pulang menuju ke hotel untuk bersarapan dan berehat. Hari pertama ni mutawif kami katanya "free activity". Kami ambil keputusan berehat dahulu pagi ni kerana isteri baru nak sembuh dari sakitnya. Selepas solat zohor kami pon berjalan-jalan di bazaar hadapan Masjid Nabawi untuk mencari barang pesanan rakan-rakan dan mencari souvenir sedikit sebagai kenang-kenangan. Walaupon dalam keadaan panas tetapi suasana selesa sahaja, Mungkin sebab kami pergi umrah pada musim sejuk.

Hotel Mawaddah Al-Safwa di madinah. Dekat je dengan masjid nabawi.

Di dataran hadapan Masjid Nabawi


Tawaf Kidai..
Malam kedua Ustaz Faesal (UF) membawa jemaah lelaki pergi melawat makam Rasulullah dan melawat Raudhah setelah solat isyaq. Jemaah perempuan pula dibawa oleh Ustazah yang dilantik oleh Syaza Travel. Alhamdulillah aku dapat bersolat sunat di Raudhah walaupon terlalu ramai orang yang bersesak-sesak nak mengambil peluang untuk bersolat di situ. Kali pertama aku hanya dapat bersolat sunat dengan ruang yang sempit yang hanya ngam-ngam aku sujud tetapi kuasa Allah semasa aku mahu keluar dari situ dengan niat memberi peluang kepada orang lain pula, Allah memberi peluang aku solat kali ke-2 apabila tiba-tiba ada jemaah yang bangun tinggalkan ruang kosong dan tiada sesiapa yang pergi ke situ. Alhamdulillah... aku dapat bersolat dengan tenang dan selesa... sehingga selesai solat barulah guard datang. Syukur...
Selepas itu pegi melawat Rasulullah dan sahabat, aku keluar dan jemaah dah menunggu ku diluar. Kami pulang ke hotel dan aku menunggu isteriku. Rupanya di bahagian muslimat terlalu bersesak dan isteriku tak dapat bersolat sunat. Kasihan isteriku.
Bergambar sebelum masuk ke kawasan Raudhah.
Hari ke-2
6 Februari 2014
Sesudah kami solat subuh, aku membawa isteriku ke perkuburan baqi dan melihat-2 orang berjualan di hadapan dataran. 
Sejuk pagi subuh di madinah



Selesai semuanya, kami bergerak ke hotel untuk bersarapan dan bersiap untuk ziarah luar madinah. Tempat pertama kami pergi ke Masjid Quba untuk bersolat sunat. Lokasi pertama ialah Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.
Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.
Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).
Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.



Di Masjid Quba
Selepas menziarahi Masjid Quba, kami ke kebun kurma pula untuk membeli sedikit buah tangan dan merasai duduk sambil minum teh di kebun kurma.






Kat sini kita makan lah banyak mana kurma pon halal mereka kata... selepas tu terpulang la kita nak borong banyak mana. Aku takdelah beli banyak, hanya sedikit coklat kurma dan buah tin. Selesai makan kurma, kami bergerak menuju ke Kilang Percetakan Al-Quran. Untuk perhatian, hanya lelaki sahaja dibenarkan memasuki ke dalam kilang tersebut. Dan setiap orang akan mendapat senaskah Al-Quran percuma. Masa kami sampai orang dah beratur panjang. Ingatkan nak beli Al-Quran disini untuk diwakafkan tetapi kedainya ditutup kerana hampir masuk waktu Zohor,



Destinasi kami seterusnya pulang ke hotel untuk membuat aktiviti sendiri. Aku dan isteri hanya pergi ke masjid dan keluar ke kedai-2 hadapan masjid sahaja mencari pesanan dan berjalan-2 melihat kawasan madinah. Sempat juga membeli kebab disana untuk try. Memang berbeza lah.. hehe...
Waktu ni baru lah rasa betapa nikmatnya makanan dan air di malaysia. Alhamdulillah aku dan isteri dapat makan dengan berselera sekali sepanjang kami umrah. 

Sepanjang di hotel kami berjumpa ramai jemaah malaysia dari agensi yang berlainan. Ada yang diuji dengan hotel yang jauh, terpisah dengan keluarga kerana bilik tidak mencukupi. Alhamdulillah Allah memudahkan perjalanan ku ke sini.

Hari ke-3
7 Februari 2014 bersamaan hari jumaat.
Setelah solat subuh UF memberi taklimat malam sebelumnya bahawa selepas jumaat kami bersiap dengan memakai ihram dan bergerak menuju ke Bir Ali untuk berniat umrah. Maka pagi terakhir di Madinah terasa sayu dihati untuk meninggalkan masjid nabawi yang menempatkan jasad Rasulullah. 

No comments:

Post a Comment