Kisah umrahku

Umrah pertama bersama isteri dengan Syaza Travel - Part 1

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melihat blog ku. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu rezeki dan kesempatan kepadaku dan isteri menunaikan umrah pada 4 Februari 2014 sehingga 14 Februari 2014. Perjalanan dan detik yang bersejarah buat diriku dan isteri. Perancangan kami dari tahun lepas untuk menunaikan umrah Allah permudahkan dengan memilih agensi Syaza Travel setelah ibu mertuaku mencadangkannya. Itu pon setelah kami listkan beberapa pakej-pakej yang menarik dari beberapa travel agensi. Sebelum itu pon ada kawan-kawan yang menasihatkan aku untuk memilih travel agensi yang tidak terlalu ramai jemaahnya dan boleh dipercayai. Bukan faktor murah sahaja.


Bersama ayahanda dan bondaku
Kad umrah merangkap passport kami

Permulaan perjalanan diuji.
Sebelum kami memulakan perjalanan, isteriku telah diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebeleum keluar rumah isteriku telah muntah dan sakit perut. Tapi dia berkeras hendak pergi juga. Selepas makan pil 'Chi Kit Teck Aun', nampak isteriku ok sikit.



Doa dan azan yang di baca oleh bapa mertuaku Haji Ismail bin Ishak sebelum kami melangkahkan kaki menuju ke KLIA. Semoga umrah kami diterima.

Antara yang menghantar, along dan adikku

Setelah sampai di KLIA, kami dimaklumkan bahawa penerbangan kami Saudi Air delay 2jam dari jam 3petang ditukar ke jam 5petang. Maka kami semua bercadang untuk pergi makan di tingkat bawah yang ada food court. Kami semua naiklah lif kaca yang mana bermula lah dugaan isteriku. Keluar je dari lif kaca tu isteriku terus lembik dan hampir pitam. Panik jugak kami tapi sempat aku dan ayah mertuaku memapahnya ke kerusi massage yang berdekatan. Setelah berbincang aku cepat-cepat bergegas ke kaunter MAS untuk mengambil kerusi roda.
Tapi aku tidak boleh mengambilnya kerana aku tak bawak ic untuk ditinggalkan. Secepatnya aku call adikku Rin, untuk meletakkan IC nya untuk mengambil kerusi roda.
Selepas bertanya di mana klinik terdekat, aku membawa isteriku ke klinik dan doktor memeriksa bahawa tekanan darah isteriku yang rendah.
Doktor bagi ubat dan isteriku meminta untuk berehat di surau. Tempoh masa 1jam untuk isteriku tidur akhirnya Alhamdulillah tekanan darahnya stabil semula setelah diperiksa. Mungkin isteriku terlalu bekerja keras membuat persiapan untuk pergi umrah.
Masa berlepas ada lagi 1jam, masa dah semakin singkat dan aku terus je prgi kaunter check-in Saudi Air dan meminta kerusi roda untuk membawa isteriku ke dalam.
Selepas bermaaf-maafan (macam raya plak), aku dengan membawa beg tarik dan isteriku yang ditolak oleh petugas wanita india untuk masuk ke balai berlepas.
Alhamdulillah, semua urusan terlalu mudah bagaikan VIP. Sehingga kami tidak perlu beratur panjang untuk diperiksa dan kami terus ditolak kedepan pintu sebelum masuk kapal terbang. Kami lah yang pertama sekali masuk ke dalam kapal terbang.
Layanan VIP
Dah masuk flight
Makanan pertama kami
Rupa-rupanya baru aku teringat, aku pernah berdoa supaya Allah jadikan kami tetamu istimewa sepanjang kami umrah ini. Allah permudahkan urusan kami untuk berlepas walaupon Allah memberi ujian sedikit untuk diriku dan isteriku.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan isteriku dapat berehat dan sampainya kami di Air-port Jeddah tanpa ada masalah apa-apa.
Setelah selesai pemeriksaan kastam, kami berkumpul dan menunaikan solat jamak maghrib-isyak. Setelah itu kami dan keseluruhan jemaah dari Syaza Travel berjumlah 21 orang berlepas ke madinah menaiki bas yang tidak penuh kerana jumlah kami yang sikit.

Di Madinah
Semasa dalam perjalanan ke madinah, bas telah berhenti di RnR ditengah-2 padang pasir. Aku yang siap berjaket kain ingatkan dalam bas dah sejuk. Turun je dari bas suhu luar lagi sejuk dari dalam bas... Terkejut kejap... hehe
Setelah tunaikan hajat kecil, aku mendapatkan isteriku dan pergi ke kedai membeli air kopi berharga 5riyal. Sedapnya minum panas-2 masa sejuk-2 gini. Pengalaman pertama di negara padang pasir.
Kedai di RnR

Sambil-2 tunggu kopi siap
Selepas itu kami mulakan perjalanan semula menuju ke madinah. Setelah mengharungi perjalanan 4 jam dari Jeddah ke Madinah akhirnya Alhamdulillah sampai juga kami. Kami terus diturunkan di hotel yang berdekatan dengan masjid nabawi. 

Didepan hotel
lobi hotel
bilik hujung tu la bilik kami
Mutawif kami Ustaz Faesal (berjubah hitam)

Isteriku bersama Fatiha
Selepas mendapat kunci masing-2, ada masa  sejam lebih lagi nak masuk subuh, kami masuk ke blik masing-2 dan bersiap untuk solat subuh. Selepas bersiap ala kadar, aku dan isteriku turun ke hotel menuju ke masjid nabawi yang terletak lebih kurang 150meter dari hotel. Berjalan kaki sahaja tetapi gembiranya rasa hati dapat juga kami menjejakkan kaki ke bumi para anbiya. Aku bersolat dengan abang Azman yang datang membawa keluarganya. Yang bergambar dengan isteriku tu la anak sulungnya. Muda lagi.. hehehe. Abang Azman yang pakai jaket coklat dan kopiah hitam di atas.
Solat subuh pertamaku  di masjid nabi

Di makam Rasulullah S.A.W
Di perkuburan baqi
Setelah selesai solat subuh, abang azman  bawa aku tour masjid nabawi. Tempat pertama pergi adalah makam Rasulullah s.a.w dan 2 sahabatnya. Selepas itu terus ke perkuburan baqi. Ramai yang masuk tetapi hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk.
Selepas itu aku terus mencari isteriku yang menunggu di pintu masuk berdekatan hotel kami. Nasib baik kami membawa walkie talkie yang dipinjamkan sahabat ku MdRizal. Senang nak berkomunikasi kat kawasan besar camni. Kalau guna handphone mau abis kredit je... Sambung ke part-2.

No comments:

Post a Comment