Simpanan Emas

Alhamdulillah setelah saya membaca website-website berkaitan emas dan perak lebih-lebih lagi di website seperti http://www.mohdzulkifli.comtelah membuka mata saya berkenaan simpanan wang fiat ataupon istilah orang kita wang kertas untuk menukar kepada emas fizikal.

Inflasi: Antara Emas dan Duit Kertas

dinar emas zaman khalifahBerdasarkan pembacaan saya, zaman Nabi dulu, seekor kambing nilainya 1 dinar emas, tapi sekarang, nilai seekor kambing masih tetap 1 dinar emas! MasyaAllah… dinar emas tak terjejas dengan inflasi sejak 1,400 tahun lalu!
Tapi kalau duit ringgit, nilai inflasi sebenar lebih kurang 10% setahun. Bayangkan tahun 80-an dulu, duit belanja budak sekolah cuma RM0.50 – RM1.00 sehari. Tapi sekarang, RM2.00 – RM3.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Inflasinya lebih kurang 200% dalam masa 20 tahun!


Saya rujuk blog dan juga beberapa website lain yang saya rasa boleh pakai. Justifikasi YB Husam dan Kerajaan Kelantan tentang kenapa perlunya dinar emas sangat masuk akal.
Dinar (emas) tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa kalau berlaku peperangan. Dan emas, adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Pendek kata, nilai kekayaan kita tak akan tergugat kalau kita simpannya dalam bentuk dinar emas, atau dengan kata lain simpankannya dalam bentuk emas fizikal! Ok, saya dah tetapkan azam nak tukarkan sebahagian besar simpanan tunai kami ke dalam bentuk emas.

Saya terbaca website Cara membeli emas bermula dengan modal kecil...boleh klik link di bawah:-



Jom kita mulakan...

Wassalam

Ezy


No comments:

Post a Comment